Saturday, September 28, 2019

Assalamualaikum..

28/9/2019 Keningau panas lit-lit. Niat nak naik bukit kimanis dengan anak-anak, nak melawat rabbit farm kat sana. Bolehla bersejuk-sejuk sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Sekali naik, hujan makin lebat pulak. Turun balik, teruskan niat ke d'Pamalan rabbit land yang terletak di kg. Pamalan, keningau. Jam pun sudah pukul 4, cuaca tidaklah panas sangat.

Memandangkan hero fiza ni sangatlah aktif orangnya, keselesaan dan keselamatan adalah keutamaan fiza sekiranya nak bawa anak-anak keluar beriadah. Masa pergi tadi, pengunjung tidak terlalu ramai, cuaca pula cantik dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi fuhhh memang sangat berpuas hati.



Rabbit land ni selamat, selesa dan bersih. Alhamdulillah fasiliti pun masih terjaga.
Tempat yang sangat recommended untuk keluarga bersama anak-anak kecil kalau nak luangkan masa berhujung minggu.


ENTRY FEES
Dewasa :RM3
Kanak-kanak (2-12(kalau xsalah) : RM2
Baja arnab :RM1

Sekian. Wassalam

1 comment:

  1. Alololo comelnya replika arnab tu. Best la anak-anak pergi jalan-jalan 😍

    ReplyDelete