Monday, September 23, 2019

TELEFON PINTAR: PANTAU ANAK-ANAK ANDA

Sekarang ni hampir hari-hari kita dengar atau baca masalah sosial dikalangan remaja. Allahu..kadang macam tak percaya pun ada benda macam ni boleh berlaku dalam masyarakat kita. Semoga keluarga atau sesiapa yang kita kenali dijauhkan dari gejala yang tidak diingini.

Bermula dari awal kanak-kanak lagi kita sebagai ibu-bapa wajib memantau apa yang anak kita buat kat fon mereka. Saya percaya, sekarang ni ramai ibu-bapa bagi fon kat anak. Untuk tengok video lah, main game lah. Biasanya itulah hiburan sampingan/utama kanak-kanak zaman sekarang.

Anak saya juga suka tengok kartun kat youtube. Saya pun kadang tak ada masa nak pantau cerita apa yang dia dah tengok. Bila ada masa tu sy akan cek Recently played youtube fon dia. sebagai ibu bapa saya rasa wajib untuk kita ambil tahu. Kerana perkara-perkara simple macam ni lah punca anak-anak kita boleh tertarik dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka explore dalam usia mereka.

Bukan tak setting untuk kanak-kanak je youtube tu, tapi banyak kartun yang tidak bersesuaian dgn usia mereka boleh terlepas jadi tontonan mereka!. So parents, jangan biarkan anak-anak kita melayari internet tanpa pantauan kita sedikit pun.

Antara tips lain yg saya boleh kongsikan di sini:

  1. Terhadkan masa anak-anak melayari internet
  2. Sentiasa berpesan untuk menonton cerita yang berfaedah
  3. Tonton bersama-sama mereka
  4. Kalau sibuk pun, luangkan sedikit masa untuk cek cerita apa yang mereka sedang tonton. 
Sekian, semoga bermanfaat. 



1 comment:

  1. Terima kasih Fiza! No 3 tu memang kena usahakan. Kadang kita pun sibuk. Huhu

    ReplyDelete